Friday, June 10, 2011

Dapatkan Durian Balik Pulau yang segar terus dari kebun dengan harga termurah

JKKK Pondok Upeh menjanjikan durian Balik Pulau dengan harga termurah dan kualiti terbaik kepada anda semua.Anda semua dijemput hadir ke gerai dan Kebun Besar kami yang terletak bersebelahan MRSM Pulau Balik.

Tuesday, June 7, 2011

Antara jenis-jenis durian di Malaysia:

  • Durian burung
  • Dalit
  • Alau
  • Royal Brunei
  • Durian Anjung Lima
  • Tenom Beauty
  • Kekura
  • Raden Mas Ayu
  • Diamond King

KEENAKAN BUAH DURIAN DI KEBUN BESAR


Durian


Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.
Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri yang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Team durian JKKK Pondok Upeh pawah durian Kebun Besar

Rasa syukur tak terhingga apabila Allah s.w.t membuka ruang untuk JKKK Pondok Upeh memawah Kebun Besar. Kini team durian JKKK Pondok Upeh mula kalut urus kebun durian.





Tuesday, May 31, 2011

Durian Kebun Besar Balik Pulau

Musim durian Balik Pulau 2011 sudah bermula.Di jemput menikmati durian di Kebun Besar (bersebelahan MRSM Balik Pulau)